5 TIPS MEMULAKAN 'HOME GROWING' DENGAN BAJET MINIMAL
Permulaan untuk berkebun di rumah mungkin kelihatan mudah apabila kita melihat kebun rumah orang lain; jiran, kawan-kawan dan juga melalui internet. Memang agak sejuk mata kita melihat kebun orang lain menjadi-jadi. Seronok melihat bunga yang berkembang, pelbagai warna di sekeliling rumah serta melihat mereka memakan hasil tumbuh-tumbuhan yang mereka hasilkan.
Ramai yang teruja untuk memulakan kebun di rumah tetapi ramai juga yang terkulai bersama-sama dengan terkulainya apa-apa yang mereka tanam itu. Jangan bimbang, ini adalah fenomena biasa sahaja.
Oleh yang demikian, amatilah 5 tips berikut untuk memulakan kebun anda di rumah.
1. "Slow-slow"
Berkebun mungkin memakan belanja yang agak tinggi sedikit kerana ia melibatkan kerja-kerja penyediaan tapak, pembelian perkakas pertanian. Kalau ia bertujuan untuk hobi atau suka-suka tak apalah. Yalah, baru pencen, nak isi masa yang terluanglah katakan. Tapi kalau mahukan pulangan maka setiap sen haruslah diambil kira. Jadi jika bajet anda terhad maka berpadalah dalam berbelanja dan mulakan dengan plot yang lebih kecil.
2. Banyakkan Pemerhatian dan Melaksanakan
Antara manfaat bermula dengan rentak yang perlahan ialah anda berpeluang untuk membuat pemerhatian yang lebih akan perkembangan tumbuhan yang ditanam.
Dengan pemerhatian dan pengalaman itu, maka pengembangan akan menjadi lebih licin dan tidak menelan belanja yang besar. Ini membantu kita dalam membina satu SOP untuk satu-satu jenis tanamam.
3. Batas tanaman.
Tak perlu membina batas di peringkat permulaan, Cukuplah sekadar membeli pasu yang panjang atau beberapa polibag yang sesuai untuk kita memerhatikan tabuiat pertumbuhan tanaman itu.
Pemilihan media yang sesuai adalah penting untuk penanaman. Tanah campuran baja dan tanah campuran organik biasa menjadi pilihan penanam amatur kerana tidak perlu lagi dicampur bahan-bahannya. Antara bahan biasa yang ada di dalam tanah campuran itu ialah
a. Topsoil
b. Tanah hitam/tanah organik sawit dsb
c. Cocopeat
d. Sekam padi bakar
e. Baja organik/mineral
f. EM atau efektif mikrob
![]() |
Contoh tanah berbaja yang ada di pasaran |
4. Perkakasan
Dapatkan perkakas yang asas dahulu. Bermulalah dengan penyeduk tanah, sarung tangan, cangkul dan bekas tanah dan gunting pruning.
Untuk tapak semaian, kita boleh pakai bahan terbuang seperti gabus bekas telur ataupun bekas semaian plastik yang sedia dijual di nurseri-nurseri. Media semaian yang boleh digunakan ialah tanah hitam ataupun peatmoss yang juga ada dijual di situ.
5. Pilih jenis tanaman yang sesuai
![]() |
Tanaman sayur-sayuran dalam polibag |
Jika anda memilih untuk menanam sayur-sayuran, pilihlah dari jenis yang senang tumbuh dan dijaga seperti
a. Bayam Amaranth
b. Kangkong
c. Sawi Hijau
d. Kacang bendi
e. Chilli
f. Pak Choi
g. Lettuce
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment