5 TIPS MEMULAKAN 'HOME GROWING' DENGAN BAJET MINIMAL

Permulaan untuk berkebun di rumah mungkin kelihatan mudah apabila kita melihat kebun rumah orang lain; jiran, kawan-kawan dan juga melalui internet. Memang agak sejuk mata kita melihat kebun orang lain menjadi-jadi. Seronok melihat bunga yang berkembang, pelbagai warna di sekeliling rumah serta melihat mereka memakan hasil tumbuh-tumbuhan yang mereka hasilkan. Ramai yang teruja untuk memulakan kebun di rumah tetapi ramai juga yang terkulai bersama-sama dengan terkulainya apa-apa yang mereka tanam itu. Jangan bimbang, ini adalah fenomena biasa sahaja. Oleh yang demikian, amatilah 5 tips berikut untuk memulakan kebun anda di rumah. 1. "Slow-slow" Berkebun mungkin memakan belanja yang agak tinggi sedikit kerana ia melibatkan kerja-kerja penyediaan tapak, pembelian perkakas pertanian. Kalau ia bertujuan untuk hobi atau suka-suka tak apalah. Yalah, baru pencen, nak isi masa yang terluanglah katakan. Tapi kalau mahukan pulangan maka setiap sen haruslah diambil kira. Jadi jika baje...